KUALA LUMPUR — Bekas penasihat undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Zaid Ibrahim, hari ini tampil mendakwa bahawa idea untuk menggunakan dokumen palsu dalam kes pemain warisan bukan bermula dari FAM sendiri, tetapi dikatakan datang dari pihak berpengaruh yang lebih tinggi.
Dalam satu episod podcast bersama Shahbudin Husin, Zaid menyebut FAM sebagai “budak yang disuruh” dalam isu besar ini. Menurutnya, individu di luar Wisma FAM mungkin memainkan peranan penting dalam mendorong penggunaan dokumen yang menyalahi undang-undang.
“Apa yang berlaku dalam bola sepak kita bukan silap FAM. FAM tu hanya budak yang disuruh.
Siapa yang salah bagi saya orang yang tinggi daripada FAM. Macam-macamlah, boleh jadi menteri, boleh jadi istana, boleh jadi semualah,” kata Zaid.
Zaid bukan orang sembarangan; dahulu dia ada kaitan dengan FAM dan memahami prosedur undang-undang sukan, jadi kenyataannya dianggap serius.
Dakwaan ini menimbulkan persoalan siapa sebenarnya pihak yang memberi arahan atau menasihat, dan apakah FAM hanya bertindak atas arahan atau tekanan dari faktor yang lebih besar.
Komen Zaid juga menyebut bahawa budaya “tidak telus” sudah lama wujud dalam pentadbiran sukan tempatan, dan isu ini adalah puncak kepada apa yang disebutnya “episod hitam bola sepak Malaysia”.
Baca Sambungan Di Bawah Sekali
