KUALA LUMPUR — Dalam perkembangan terbaru kes pemain warisan yang dikenakan hukuman oleh FIFA, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyatakan bahawa mereka akan menunggu keputusan penuh proses undang-undang FIFA dan rayuan FAM sebelum mengambil sebarang tindakan sendiri terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam kenyataan rasmi yang dijangka dikeluarkan oleh AFC, badan itu menegaskan bahawa sebarang tindakan disiplin atau pembatalan perlawanan di peringkat Asia tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa.

AFC akan menghormati prosedur undang-undang sukan antarabangsa dan memerlukan keputusan tribunal FIFA atau CAS terlebih dahulu.

Tindakan ini menunjukkan bahawa AFC tidak mahu mencampuri jalan undang-undang yang masih berjalan di peringkat FIFA.

Sebaliknya memilih untuk bertindak hanya apabila keputusan rasmi sudah selesai, supaya segala keputusan yang diambil adalah sah di sisi peraturan AFC dan FIFA.

Sementara itu, FAM pula dilaporkan berada dalam proses menunggu keputusan bertulis FIFA dan sedang merangka rayuan.

Pendekatan berhati-hati AFC ini memberi sedikit ruang masa kepada FAM untuk menyusun hujah undang-undang secara lengkap tanpa tekanan terburu-buru.

Dalam laporan rasmi bertarikh 6 Oktober itu, FIFA menyatakan bahawa hasil semakan mendalam menunjukkan sijil lahir asal tujuh pemain terbabit sebenarnya dikeluarkan di luar negara seperti Sepanyol, Argentina, Brazil, Sepanyol dan Belanda, bukannya di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh FAM.