Aku baru sahaja beberapa bulan bekerja di sebuah syarikat besar. Masih mentah, masih terkial-kial dengan tugasan, tapi rezeki datang tanpa disangka. Dalam sekelip mata, aku dipanggil masuk ke bilik bos.

“Awak ni lain dari yang lain. Kerja cepat, hasil kemas. Saya nampak potensi awak.”

Hati mana yang tak berbunga bila bos sendiri puji depan-depan? Aku fikir mungkin itu sekadar kata-kata semangat. Rupanya, dalam masa beberapa minggu saja, nama aku naik. Gaji ditambah, pangkat diberi, malah aku mula dihantar keluar negara menghadiri seminar mewah.

Aku masih ingat kali pertama bos menaja aku tiket business class ke Singapura. Katanya:

“Biar awak rasa pengalaman orang besar. Awak dah masuk circle ni.”

Aku terpegun. Rasa diri terlalu kecil dibandingkan layanan yang aku dapat. Hotel lima bintang, makan malam mewah, layanan eksklusif — semua aku kecapi hanya kerana satu nama: bos aku.

Tapi di sebalik kemewahan itu, ada satu rahsia gelap yang aku tak sangka-sangka.

Malam pertama di hotel mewah, bos mengetuk pintu bilik aku. Aku sangka dia mahu bincang hal kerja. Tapi lain yang jadi. Senyuman manisnya berubah menjadi renungan tajam. Dia mula meluahkan sesuatu yang aku tak jangka:

“Saya sayangkan awak… suami saya tak pernah faham saya. Awak lain, awak dengar, awak ambil berat. Saya nak lebih daripada sekadar pekerja.”

Aku tergamam. Ayat itu menusuk, bercampur dengan ketakutan. Seorang wanita, seorang bos, yang punya segalanya — jawatan, harta, keluarga — tapi masih mencari “sesuatu” yang hilang dalam hidupnya.

Malam itu, aku cuba menolak dengan baik. Tapi aku tahu, segala kemewahan yang dia beri datang dengan harga. Dia tak pernah puas dengan suaminya sendiri, dan aku… aku jadi pelarian nafsu yang tak patut.

Hari berganti hari, setiap kali ada urusan luar negara, aku disponsor lagi. Hotel mewah, tiket business class, makan malam romantik. Dan setiap kali itulah, aku terpaksa akur dengan permintaan yang sama.

Aku terperangkap. Nak lawan, aku takut hilang kerja. Nak teruskan, aku rasa hina.

Sehinggalah satu hari, aku ternampak sesuatu di telefon bos aku. Gambar dia dengan suami dan anak-anak kecilnya, lengkap dengan senyuman bahagia di Instagram. Aku rasa remuk. Aku ini siapa dalam hidup dia? Seorang pekerja yang diperalatkan? Atau sekadar boneka untuk memenuhi kekosongan yang tak mampu diisi oleh rumah tangganya?

Aku pandang tiket bisnes class di tangan aku — dulu aku bangga, sekarang aku rasa jijik.


Sejak malam itu, aku mula menyusun langkah. Aku nekad berhenti, walaupun aku tahu rezeki lumayan itu akan hilang. Biar hidup sederhana, asalkan maruah aku tak lagi dipijak.

Sambungan Di Bawah Sekali