FAM MASIH MENUNGGU KEPUTUSAN PENGHAKIMAN PENUH FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa pada ketika ini tiada sebarang perkembangan baharu berhubung isu keputusan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
FAM masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA. Proses rayuan hanya akan dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan penghakiman tersebut diterima.
Sehubungan itu, pihak FAM tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkembangan lanjut sehingga proses rayuan selesai sepenuhnya.
Akui Wujud Kesilapan Teknikal
FAM dalam kenyataan sama turut mengakui terdapat kesilapan teknikal ketika proses penyerahan dokumen berkaitan pendaftaran pemain warisan yang beraksi bersama skuad kebangsaan.
Menurut Datuk Noor Azman, kesilapan itu berlaku pada peringkat pentadbiran dan telah dikenal pasti puncanya.
โKami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran,โ katanya sambil menegaskan bahawa langkah pembetulan dalaman sedang dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
DATUK NOOR AZMAN HJ RAHMAN
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
#FAM #HarimauMalaya