“Mak, Kenapa Jadi Macam Ni?”

Dulu… rumah kami tak pernah sunyi dari bunyi suara mak. Dia rajin memasak, kemas rumah, basuh baju, malah kadang-kadang sampai jiran pun puji betapa cekapnya mak jaga rumah tangga. Aku bangga bila orang selalu kata:

“Untung kau ada mak macam tu, rajin betul.”

Tapi semua tu berubah selepas mak pencen.

Mula-mula aku fikir mungkin mak perlukan masa rehat. Bertahun-tahun kerja, badan pun dah penat. Jadi aku biarkan bila nampak dia lebih banyak baring, tengok drama, ketawa depan TikTok. Aku fikir, tak apa… rehatlah. Aku boleh tolong sikit-sikit.

Tapi lama-lama, rumah jadi macam kapal karam.
Pinggan kotor bertingkat dalam singki, sampai berulat.
Kain baju berlonggok dalam mesin basuh, dah mula berbau.
Lantai dapur melekit dengan minyak, dinding penuh percikan sambal.

Setiap kali aku balik kerja, aku yang kena uruskan semua. Letih badan nak rehat pun tak sempat, sebab kena menyental rumah yang dah macam tongkang pecah. Aku tegur mak… tapi mak cuma senyum sambil cakap:

“Ala… kau kan masih muda. Mak dah tak larat. Mak nak hidup senang je sekarang.”

Senang? Tapi aku terseksa, mak.

Aku cuba bertahan. Hari demi hari, aku rasa macam orang gaji dalam rumah sendiri. Bila aku tengok mak asyik leka dengan handphone, aku makin tawar hati. Sampai satu hari, aku nekad pindah. Aku cari rumah sewa, biar aku boleh hidup tenang walaupun seorang diri.

Mak tahu, dan dia diam. Aku sangka mungkin dia lega, sebab tak ada siapa nak bisingkan perangainya lagi.

Tapi sebulan lepas tu, mak datang rumah sewa aku. Dia bawa beg kecil, duduk depan pintu. Waktu aku buka pintu, aku terkejut tengok mak menangis teresak-esak.

“Boleh tak mak tinggal sekali dengan kau? Mak tak sanggup duduk rumah sorang… Sunyi… Semua orang jauh. Mak rindu dengar suara orang… Mak rindu ada orang balik rumah…”

Aku terdiam. Aku baru tahu, selepas pencen mak hilang arah. Dia hilang rutin, hilang kawan, hilang tujuan hidup. Rumah jadi bersepah bukan sebab mak malas semata, tapi sebab dalam hati dia kosong. Dia cuba isi dengan TikTok, dengan YouTube… tapi hakikatnya, mak sebenarnya hilang tempat berpaut.

Aku pandang mak yang menangis macam anak kecil. Masa tu, hati aku sebak. Walaupun aku kecewa dengan perangai mak sebelum ni, aku tetap tak sanggup tengok dia minta belas macam tu.

Sambungan Di Bawah Sekali