KOTA KINABALU, 29 September –ย Prosiding inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir memasuki hari ke-16 hari ini dengan saksi kanak-kanak kelima yang juga saksi ke-13, menyambung keterangannya secara tertutup di Mahkamah Koroner di sini pada 9.30 pagi.
Saksi berkenaan yang ditemani ibunya sebagai pendamping, mula memberi keterangan pada Jumaat lalu.
Pagi ini saksi kanak-kanak itu akan disoal oleh peguam mewakili bapa Allahyarham di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Bagi sesi hari ini, seorang lagi saksi iaitu kanak-kanak keenam dijangka tampil memberi keterangan, dengan 29 lagi saksi kanak-kanak akan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding.
Pada prosiding Jumaat lalu, saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner dengan kewujudan kumpulan pelajar digelar โGeng Circle19โ yang dianggotai 19 pelajar rapat di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.
Beberapa saksi kanak-kanak mendedahkan Zara Qairina pernah dihina dengan kata-kata kesat termasuk dipanggil โanjing gilaโ serta menjadi sasaran ejekan rakan asrama.
saksi kanak-kanak, seorang pelajar memarahi dan menjerit kasar terhadap Zara Qairina pada malam kejadian arwah dipanggil untuk disoal mengenai kehilangan dompet.
Prosiding turut diberitahu seorang lagi saksi mengenai geng ‘Circle 19’ di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, yang mempunyai 19 anggota kumpulan, semuanya satu tingkatan dan berkawan rapat sejak awal, iaitu saksi itu mengakui dia sebahagian ahlinya.
Dalam keterangan pertama, saksi keempat kanak-kanak memberitahu inkues, ketika dua orang pelajar berjumpa dengan Zara Qairina pada malam itu, beberapa lagi orang pelajar tiba-tiba masuk ke dorm (bilik asrama lain).
Saksi itu berkata, Zara Qairina masih dalam keadaan duduk bersila ketika beberapa orang lagi pelajar masuk ke dorm berkenaan dan beberapa pelajar yang baru masuk berdiri, manakala Zara Qairina duduk menghadap seorang pelajar yang berdiri.
Pada masa itu, saksi terbabit berkata, beliau mendengar kata-kata seorang pelajar yang berjumpa dengan Zara Qairina yang terus marah, termasuk menjerit kasar seperti ‘budu (bodoh) sial, aku injak la kepala ko ni.’
Baca Sambungan Di Bawah Sekali
