Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya telah melepasi syarat kewarganegaraan Malaysia.
Perkara ini ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail apabila diminta mengulas isu FAM dikenakan hukuman oleh FIFA berhubung status dokumentasi tujuh pemain itu.
Sebelum ini, FAM dan tujuh pemain warisan negara dikenakan hukuman oleh FIFA atas alasan mengemukakan dokumen palsu.
Tujuh pemain tersebut ialah Hector Hevel, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Imanol Machuca dan Jon Irazabal.
Apabila ditanya tentang perkara tersebut, Saifuddin memaklumkan hal ehwal kerakyatan Malaysia terletak di bawah bidang kuasa KDN.
Beliau turut menyatakan proses naturalisasi tujuh pemain tersebut dibuat secara teliti dengan setiap permohonan disemak dengan rapi.
โProsesnya teliti. Jawatankuasa yang dipengerusikan ketua setiausaha akan menyemak setiap permohonan yang dibuat secara rapi,โ katanya.
โKita teliti semua dokumen yang dihantar seperti yang disyaratkan undang-undang, dan bagi kes ini, semua prosedur (naturalisasi) dipatuhi sepenuhnya.โ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) pula memberi respon keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.
“FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now?
“Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
“Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.
“Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.
“Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,”tulis baginda.
โApa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,โ katanya di X.
FAM kini diberi tempoh 10 hari untuk merayu kes tersebut kepada Tribunal Bola Sepak FIFA.