Kenyataan Rasmi America de Cali Berhubung Hukuman FIFA Kepada Rodrigo Holgado

Kelab bola sepak America de Cali yang diwakili Rodrigo Holgado mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa pemain itu bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memfailkan rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai larangan 12 bulan daripada aktiviti bola sepak.

Holgado antara tujuh pemain termasuk Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Hevel yang dikenakan penggantungan 12 bulan daripada bola sepak

“America de Cali memaklumkan kepada penyokong, media dan orang awam bahawa kami telah dimaklumkan hari ini mengenai sekatan yang dikenakan oleh FIFA ke atas pemain Rodrigo Holgado yang terdiri daripada larangan 12 bulan daripada menyertai sebarang jenis aktiviti berkaitan bola sepak yang akan berkuat kuasa dari tarikh pemberitahuan.

“Kedua-dua iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemain akan memfailkan rayuan yang diperuntukkan dalam kod tetetertib FIFA, bagi membolehkan keputusan itu disemak oleh pihak berkuasa yang berwibawa.

“Jabatan Undang-Undang America de Cali akan sentiasa berhubung Bersama FAM untuk mengetahui perkembangan proses ini,” maklum kenyataan itu.

Semalam, badan bola sepak sepak negara memaklumkan telah menguruskan segala dokumentasi serta prosedur berkaitan secara telus mengikut garis panduan yang ditetapkan dan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.