Pelakon popular tu, bro. Yang selalu buat watak baik-baik kat TV… tapi belakang kamera? Tuhan je tahu.


PETALING JAYA – Satu lagi kes yang menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap wajah-wajah popular di media. Seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal kini sedang berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur, yang baru berusia 17 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, kertas siasatan telah lengkap dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya. Dalam masa terdekat, individu terkenal ini bakal didakwa di mahkamah.


Bermula Di Kafe, Berakhir Di Hotel…

Semua bermula kira-kira 3 bulan lalu, apabila mangsa – seorang gadis muda – bekerja sambilan di sebuah kafe. Pelakon itu mula menegur dan berkenalan dengan remaja tersebut.

Mungkin kerana status ‘selebriti’, gadis ini tidak menyangka bahawa perkenalan itu akan menjadi permulaan mimpi ngeri hidupnya.

Mereka mula berjumpa beberapa kali, atas alasan mahu ‘membimbing’ dan ‘berkongsi pengalaman industri’. Namun, niat sebenar disebalik wajah manis dan senyumannya itu mula terserlah apabila pelakon itu membawa remaja itu ke sebuah hotel di Selangor – dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap mangsa.


Disiasat Di Bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara yang berat dan tindakan jenayah yang keras.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, mengesahkan pihaknya menerima aduan dan menyiapkan siasatan. Turut mengesahkan butiran kes ialah Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11).


Masyarakat Tergamam – “Artis Tu? Tak Sangka Langsung…”

Wajahnya dikenali ramai. Pernah muncul dalam drama-drama kekeluargaan, nyanyi lagu cinta, motivasi diri dan sering berkongsi ayat-ayat positif di media sosial. Tapi rupanya di sebalik semua tu, ada sisi gelap yang menjijikkan.

Bayangkan, anak kita sendiri yang jadi mangsa… Remaja bawah umur, baru nak kenal dunia, baru nak belajar percaya orang…” kata seorang netizen.

Ini bukan lagi soal ‘salah sangka’. Ini pengeksploitasian kepercayaan, manipulasi kuasa dan penindasan terhadap golongan lemah. Ketika gadis itu menganggap dirinya bertuah kerana ‘dikenali’ artis pujaan, dia sebenarnya telah masuk ke perangkap buaya manusia yang bertopeng selebriti.