MELAKA
Apa yang sepatutnya jadi ikatan sesama madu, bertukar jadi dendam mengaibkan.

Seorang wanita berusia 53 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans, direman dua hari selepas dipercayai menyebarkan gambar bogel madunya sendiri, seorang guru wanita berusia 47 tahun, Mac lalu.

Suspek sebelum ini dihendaki polis dan akhirnya berjaya ditahan di KLIA jam 10.15 malam tadi.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyikin Rosli untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan ugutan jenayah serta perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang.

Gambar Bogel Anak & Menantu Sampai Ke Tangan Bapa

Apa yang lebih mengaibkan, gambar lucah guru terbabit bersama suaminya dikirim dalam sepucuk surat kepada bapa mangsa di Klebang.

“Bayangkan perasaan seorang ayah… bila buka surat, yang dilihat adalah gambar bogel anak sendiri dan menantu.”

Mangsa yang terkejut serta bimbang gambar tersebut disebar lebih meluas, membuat laporan polis pada 27 Mac lalu.

Menurut sumber, suspek sering mengganggu keluarga guru berkenaan, dipercayai akibat konflik rumah tangga dan perasaan tidak puas hati sesama madu.

Peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh, dilaporkan membantah permohonan reman empat hari yang dipohon polis, dan mahkamah hanya membenarkan dua hari reman sahaja.