“Saya tak sangka, cikgu anak dua pun boleh jadi begini…”
Begitulah luahan kecewa salah seorang netizen selepas tularnya satu pendedahan mengejutkan di media sosial berkenaan kisah curang melampau antara seorang guru wanita dan seorang peniaga yang dipercayai telah menjalin hubungan sulit — ketika kedua-duanya masih sah suami dan isteri orang.
Lebih menyedihkan, perbuatan jijik itu dikatakan berlaku dalam bulan Ramadan, ketika umat Islam sepatutnya menahan nafsu dan memperbanyakkan amal.
Dalam pendedahan itu, si lelaki dikatakan menampilkan wajah alim dan sopan di media sosial, sering bercakap soal sabar dan nilai rumah tangga. Namun di sebalik itu, dia didakwa menjadi dalang utama hubungan terlarang ini.
Mereka bukan sekadar bertukar mesej biasa, malah tangkap layar perbualan lucah dan menggoda turut disertakan sebagai bukti bahawa hubungan mereka bukan lagi sekadar ‘kawan biasa’.
Seorang Guru, Tapi Gagal Jaga Maruah & Contoh Diri
Wanita yang juga merupakan seorang guru menjadi sasaran kecaman paling teruk. Rata-rata netizen meluahkan kekecewaan apabila seorang pendidik yang sepatutnya menjadi contoh kepada pelajar, gagal menjaga maruah dan batasan pergaulan.
“Kalau cikgu pun jadi begini, macam mana anak-anak murid nak hormat? Cikgu adalah cermin masyarakat!”
“Cinta Haram Ini Akan Musnahkan Dua Keluarga”
Difahamkan, kedua-dua pasangan masih belum bercerai dengan pasangan sah masing-masing. Namun hubungan sulit ini telah mengundang konflik besar dalam dua rumah tangga berasingan.
Ada yang mendakwa isteri kepada si lelaki sudah mula syak sesuatu selepas melihat perubahan sikap, namun tidak menyangka kecurangan ini dilakukan bersama wanita bergelar isteri orang juga.
Ribuan komen telah membanjiri ruangan hantaran asal, rata-rata menyifatkan mereka sebagai tidak bertanggungjawab, malah menggesa agar laporan rasmi dibuat kepada pihak berwajib termasuk sekolah dan Jabatan Agama.
Ada juga netizen yang menzahirkan simpati kepada pasangan sah kedua-dua pelaku yang kini menanggung malu akibat perbuatan terlarang ini.
“Kepada pasangan yang dikhianati, kuatkan hati. Doa orang teraniaya itu tiada hijab.”
Kebenaran Pasti Terbongkar. Nafsu Tak Akan Pernah Halalkan Yang Haram.
Apa yang berlaku menjadi peringatan kepada semua — selesai di dunia belum tentu, tapi akhirat pasti menuntut segala jawapan. Jangan musnahkan keluarga hanya kerana cinta gelap yang penuh tipu daya.
Kredit: Facebook asal di sini