Malam tadi pempengaruh, Caprice buat satu pendedahan mengejutkan di mana pempengaruh lain, CEO Batu melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun. Allahu!
Bukan tu jer, Caprice juga turut berkongsi tangkap layar perbualan CEO Batu yang merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan mengakui bahawa dia terlepas pandang sebelum menghantar gambar itu.
Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandangโฆ Saya tengah kalut nak shoot video campsite.
Ramai tak sangka CEO Batu perangai macam tu

Dalam perkongsian diย Instagram Caprice, ramai yang tak sangka dan beri pandangan masing-masing di ruangan komen.
Ya ampun, unexpected betul..
Biar betul perangai CEO Batu macam ni, saya follow IG dia kot..
Sia-sia je CEO Batu oi, dah famous elok-elok pergi buat silap macam ni. Habis, habis..
Seorang Lagi Mengaku Jadi Mangsa
Penyanyi rap, Caprice ada buat satu pendedahan mengejutkan malam tadi di mana seorang pempengaruh, CEO Batu melakukan โseksual groomingโ terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun.
Terbaru! Menerusiย Instagram, Caprice berkongsi yang seorang lagi mangsa tampil mengaku telah menjadi mangsa CEO Batu.
Saya ada jugak kena dengan dia, nak tengok bukti tak?
Masanya untuk mangsa lain bersuara

Walaupun ada segelintir netizen yang kata Caprice sepatutnya โslow talkโ dengan CEO Batu, tapi perkara ini yang buatkan mangsa-mangsa lain juga tampil bersuara.
Macam yang kita agak, bila post mangsa-mangsa lain muncul. Lampirkan bukti dan buat laporan polis segeraโ โ Caprice