Pada sidang nusyuz minggu lalu, peguam Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata wakil daripada pihak Syamsul Yusof akan melafazkan talak (sebagai jalan terakhir) sekiranya pendamaian mereka gagal sehingga ke penghujung.
Ia sekali gus bakal meletakkan nokhtah pada status aktres itu yang selama ini tergantung tanpa tali.
Tidak dapat hadir kerana ada urusan kerja di Indonesia minggu lalu, hari ini Puteri Sarah tampak berseri dan cantik mengenakan jubah putih setibanya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan suami isteri itu ke sana bagi tujuan menjalani prosiding kedua Jawatankuasa Pendamai (JKP).
@mediahiburanofficial
Syamsul kelihatan tenang hadir prosiding kedua JKP di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Perkembangan terbaru menunjukkan perjuangan Sarah dalam menuntut kebahagiaan sendiri semakin ke penghujung.
Sebentar tadi, Utusan Malaysia melaporkan tanggal 15 April akan menjadi hari pengarah itu melafazkan talak kepada Puteri Sarah Liyana.
Selepas melalui siri pendamaian yang panjang, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat yang sama untuk membawa haluan masing-masing.
[redirect url=’https://shope.ee/7A7IxoL7Fh’ sec=’3′]